Kehidupan awal Rahim_Maarof

Rahim Maarof atau nama sebenarnya Abdul Rahim Maarof dilahirkan di Kota Bharu Kelantan merupakan anak keenam dari sebelas adik beradik, anak kepada pasangan suami isteri berbangsa Melayu yang juga berasal dari Kelantan.[perlu rujukan] Rahim membesar di Petaling Jaya, Selangor sebelum keluarganya berpindah pulang ke Kelantan pada tahun 1982. Membesar bersama rakan-rakan yang turut meminati muzik serta pengaruh kugiran pop yeh yeh serta glam rock ketika alam remaja menjadikan Rahim begitu yakin untuk menceburi bidang seni. Ketika alam persekolahan Rahim sering menyertai talentime termasuk bertanding di Peyton Place, Petaling Jaya dan mencuri-curi keluar untuk menyanyi di kelab-kelab.[perlu rujukan]

Sebelum bergelar artis rakaman beliau pernah bekerja di bahagian pemasangan kereta, mekanik, syarikat percetakan, pembantu slot machine di Genting Highlands dan pernah jadi penyambut tetamu.[perlu rujukan] Semua itu dilakukan ketika alam remaja pada tahun 1973 selepas tamat persekolahan. Dengan minat mendalam terhadap muzik rock era 70an ketika remaja serta kemahiran bermain alat muzik seperti dram dan gitar, beliau pernah menimba pengalaman sebagai vokalis kumpulan indie Meets Group & Love Bite di awal kemunculannya. Beliau juga pernah menyanyi muzik rock & blues di The Cellar, Petaling Jaya yang menjadi titik mula peralihan dari zaman indie dan kelab ke dunia rakaman.